Thursday, November 24, 2011

Awal MUHARRAM 1433

Assalamualaikum





 Disini nak kongsi sikit mengenai Awal muharam yg akn tiba dua hari lg. Selepas solat maghrib pada hari ahd nanti secara rasminya kita dah masuk awl tahun dlm kalendar islam. So, korang seharusnya menanam AZAM yg baru yg mgkin memberi semangat baru dan apa yg korang hajat selama nii akn tercapai. :) Niat sahaja boleh mdpt  SATU pahala, kalau kita buat akn mdapat 10kali ganda pahala.. Begitu indah kann? Dan jika niat kita utk melakukan perkara yg kurang baik, dan tidak melakukannya, kita tak dpt apa2.. tp kalau melakukannya, tercatit lah satu kesalahan kita oleh malaikat yg berada di tepi kiri kita.. 

kita disunatkan puasa pada hari kesepuluh..iaitu hari assyura.. Jika kita puasa pada hari itu, insyaAllah Allah mengampuni dosa2 kita selama SETAHUN.. begitu indah dan tenang kan bila mdgrnya.. 

Disini sy menyelitkan doa awal dan akhir tahun..


1. Doa awal tahun



Maksudnya: 

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami 
Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


2. Doa akhir tahun




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

insyaAllah usaha kita diberkati Allah SWT. 
aminn.









No comments: