Wednesday, November 9, 2011

Sifat SABAR amat disukai ALLAH. ;)


*kedaikreatif.com*




Assalamualaikum.

OKAYH! entry nii adalah sgkut paut dr entry yg sebelum ni. SABAR.

Entry kali ini adalah nasihat utk diri sendiri dan juga para pembaca sekalian. ;)

Allah amat menyukai umatnya yg memiliki sifat SABAR dlm diri. KERANA Allah akan mencintai seseorang itu, bersama orang itu dr sudut pengawasan dan juga hidayah, diberikan PAHALA yg tidak terkira, dikurniakan tiga perkara yg baik iaitu SELAWAT, RAHMAT serta petunjuk dan akhirnya memasuki SYURGA yg dialu-alukan oleh para malaikat dgn ucapan salam. ;)

Berikut adalah firman Allah s.w.t. yg bermaksud:

 "Allah sentiasa mencintai orang-orang yang sabar." ( surah Ali-Imran,ayat 146 )

 "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar." (surah Al-Baqarah, ayat 153)

  "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak teerkira"  (surah az-Zumar ayat 10)

" Dan berilah khabar gembira kepada orang-ornag yang sabar iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata: ' Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya. " (surah Al-Baqarah, ayat 155-157)

Begitu istimewa bagi mereka yg miliki sifat sabar nii kan?

jadi, apa maksud sabar dan jenis sabar yang betul? jumm sambung bace. ;)

Apakah maksud SABAR??

Sabar dari sudut bahasa adalah MENAHAN. Dari sudut istilah pula ialah  kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu. 


Apakah jenis2 SABAR??

1. Perintah larangan agama. Kita semua dituntut untuk sabar apabila melaksanakan perintah agama iaitu menuntut ilmu,berbuat baik kepada ibubapa,mendirikan solat,berpuasa dan sebagainya. Orang yang sabar tidak akan mengeluh apabila diperintahkan melakukan perintah agama. Sabar juga dituntut dlm menjauhi larangan meminta pertolongan drpd tangkal,mendekati ilmu sihir,berzina,mengambil harta yg bukan haknya dan sebagainya.

2. Sudut suka dan duka. Kita mestilah sabar dlm menerima apa yang kita sukainya. Baik dlm kecemerlangan dlm pembelajaran kita, kejayaan dlm kerjaya, kelebihan rezeki dan kebahagian hidup. Sabar duka pula adalah.kita perlu bersabar dlm menerima berita buruk samada kematian,kehilangan harta benda, penyakit.

Apakah perkara yang tidak termasuk dlm maksud dan jenisnya??

Seseorang yg melihat agama dan dirinya dizalimi. Sifat dan situasi diam seperti ini lebih tepat dimaksud sebagai DAYUS dan bukannya KESABARAN. Seseorang itu perlu bertindak menentang kezaliman dan bukannya duduk diam.

Semoga kte semua dipenuhi sifat sabar yang tinggi. ;)








No comments: